Assalamualaikum .
ouh hai semua . heee aku rompak sekejap masa . eah rompak ? ambil sedikit okay . buruk bebenor kalau rompak tuh . saja nak update because i want to story about my biology trip last week . let me speak in Bahasa Melayu . hahaha ! english belum cukup hebat . so , better aku cakap macam biasa je kan kan kan ?
okay . hari Sabtu lepas bersamaan dengan 7 Julai 2012 , praktikum aku D11P6 campur dengan student kuliah D31 pergi Zoo Melaka dan Taman Botanikal . tujuan kiteorang untuk mengambil gambar bagi menyiapkan assigment Biology yang bakal dihantar bulan depan . adalah dalam dua bas juga guna . kiteorang gerak dari matrik pukul 8.30 pagi , lewat setengah jam sebab Syahir lambat grrrrrrr . haa . lepas tuh gerak laaaa menuju ke destinasi pertama ;
Zoo Melaka :)
ouh dalam zoo aku tak berapa nak ceria sangat . entah laa . mood melayang . aku pun jalan je laa . masa tuh aku jalan dengan Hamraa' , Ammar and Syahir . sampai dekat kandang zirafah tetiba aku terkedu . alamak zirafah tuh buat apa seyhhh . Ammar dengan Syahir dah jalan ke depan . tak nak tengok kot . aku pun kalau boleh nak blahh tapi Hamraa' sibuk nak tengok . adoyyy . sayang ooi cepat laa gerak . aku tak sanggup . malu kot . *
pssst .. zirafah tuh tengah 'mating' * . ayat biology so sapa tak faham pergi google . hahaha ! kiteorang pusing satu zoo tuh sampai kaki naik lenguh longgar sakit segala macam hal laa .
keluar dari zoo , kiteorang kena jalan kaki pergi
Taman Botanikal . dah laa hujan renyai time tuh . redha je laaa redah hujan kan . bukan selalu ye dakk ? sampai dekat botanikal tuh kiteorang pun berjalan laa . err takde laa botanikal sangat . banyak pokok tinggi tinggi . nama spesies pun pelik pelik normal ahh kalau budak science jumpa kan . then kiteorang disuruh naik jambatan gantung . wooooohooohooo . err terasa yang aku nih tetiba ada penyakit gayat . hahaha ! masa tuh aku tak pandang belakang dah . Hamraa' panggil aku tak pandang sebab trauma gila . trauma sebab time kem dekat
Teratak River View yang lepas pun ada jugak naik jambatan berhayun gitu tapi lagi seram sebab aku dapat rasa kan yang jambatan tuh boleh terpusing 360 darjah kalau dia berat sebelah . eah korang bayangkanlah eah . imaginasi aku memang dasyat kadang-kadang . hahaha ! after turun je ada orang campak dekat aku cicak mainan . okay aku terkejut sebab aku memang tak suka spesies nih . tapi lama-lama aku yang dok gentel benda tuh . hahaha . but ! lipas mainan ke yang betul betul ke memang aku anti . tolong laaa aku boleh berjoget kalau suruh aku bunuh lipas .
habis berjalan dekat Botanical Garden tuh , kiteorang makan tengah hari sekejap . nasi ayam taw . sedapppp . then terus gerak ke destinasi terakhir . Coral apetahhh . aku tak tahu . sebab aku tak masuk . hehe . actually tempat tuh macam Aquaria KLCC tapi takde ahh gah sangat macam yang dekat KLCC tuh . Coral tuh tempat dia dekat dalam Dataran Pahlawan aras 4 . so , sesiapa yang nak merasa sentuh binatang bintang laut datang laa Dataran Pahlawan , Melaka . *
promoter tak berbayar* . ouh ya eak aku tak masuk coral tuh tapi aku merayap dekat dalam shopping mall yang besar gedabak pusing-pusing sampai sesat . tapi aku tak sesat ahh . dah pro *
berlagak tahap ayam serama* .
aktiviti aku dekat mall tuh memula sekali Hadi , Amsyar , Dinie and Ammar ajak aku dengan Hamraa' pergi karoake . okay aku rasa tak berbaloi sebab aku just tengok je diorang karok . aku pun malu ahh tak kan nak nyanyi kan . suara tak berapa nak merdu . nasiblah siapa yang pernah dengar aku menyanyi . dan aku bernasib baik sebab diorang ajak pergi Malacca Parade main bowling . yeah ! ouh diorang kecik kecik kan aku . siap korang ! then main laa 1 game je sebab nak kejar masa . kata pun lawatan sambil belajar *
ye je* . kitorang main dua lane . aku lane dengan Dinie and Hadi . lagi satu lane Amsyar , Syamil and Syahir . Hamraa' and Ammar hilang entah ke mana tah . and we fight . okay aku sorang je perempuan tapi bukan mudah untuk perkecilkan kekuatan tangan aku yang comel nih . hahaha ! Dinie said '
pergh , kuat gila tangan dia ' . . dan keputusannya ... sila rujuk gambar di bawah .
habis main terus gerak menuju ke
Kompleks Al-Khawarizmi untuk solat Maghrib dan aktiviti Cerapan Malam - meneroka planet-planet , tengok bulan - tapi hampa sebab aktiviti cerapan tak dapat dibuat kerana cuaca malam tuh gelap dan sukar untuk cerapan dilakukan . tapi kehampaan kami tuh cikgu cuba ubati dengan makan malam santai dibelanja oleh diri sendiri . sebab kiteorang sangat kelaparan . lepas makan dalam pukul 10 15 jugak terus gerak balik matrik . satu ayat je yang keluar dari mulut kami . PENAT . yeay penat teramat . balik mandi solat terus tergolek tidur .
 |
| my classmate d11p6 <3 ; Zoo Melaka |
 |
| siapakah dia ? ; Botanical Garden |
 |
| yeay bowling time ! |
 |
| muka tak ready nak kena snap :p |
 |
| see ? at last saya menang ! ; Malacca Parade |
 |
| angkat Emy . kami berlawan ! |
 |
| FRIEND yeay ; Kompleks Falak Al-Khawarizmi |
okay dah tuh jee . nanti aku update yang lagi special . Take Care . Congrates siapa yang dapat UPU . hehe . next year is my turn . Wassalam .