Friday, January 6, 2012

semalam.hari ini.esok

assalamualaikum . um . ape nak type eak ? aku takde idea sebenarnya . bosan .aku baru habis kelas . petang tadi takde apa apa program . so boleh relax je laa kan ? tapi bagi aku tetap membosankan . hailaaa . apa nak jadi laa dengan kau ni Haszrina ooi ! nak baca novel , takde novel baru pulak . nak main game , ish buat otak aku sakit . nak terpekik melolong macam time kat hostel dulu ? gila tu namanya . dah besar dah cik kak ooi . jangan nak buat perangai gila dekat sini . text orang ? siapa je ? Lina depan mata . tak kan nak main mesej depan depan . sewel agaknya . balik rumah ? mimpi laa kalau aku balik time cuti takat dua tiga hari ni . satu sebab aku MALAS . yelah malas . datin M aku telampau bermaharajalela sangat macam tulah . tapi yang pastinya aku tanak susahkan mama dengan abah sebenarnya . kesian pulak nak amek aku dekat Larkin lepas tu nanti hantar aku balik kat Melaka . penat diorang nak uruskan adik-adik aku pun tak habis lagi agaknya . hahaha .#konon macam ringankan beban lah tu .

lai lai lai . semalam hari ini dan esok tajuk aku kan ? tetiba ada idea pulak . aku nak share story je . semalam ? ape jadi ? ouh ya ! aku dapat cikgu baru untuk subjek Kemahiran Dinamika aku . korang mesti tertanya tanya apa tuh Dinamika kan . korang tanyalah encik Google . nak terang kan secara ringkas kira Dinamika ni ajar korang tentang cara cara nak bercakap depan khayalak ramai macam mana , kesopanan macam mana dan macam macam lagi laa . agak intresting la jugak subjek tuh . bebudak Matrik tahu laa apa kebenda tuh . semalam tak banyak benda happen . gaduh dengan Lina pepagi sekejap sebab . sebab . adalah . the rest is history . kuihkuihkuih .

hari ini ? um . pagi pagi bangun liat macam tanah liat . mata ni sibuk nak tutup balik at last mandi pukul 7.30 pagi . baguih laa . kelas pukul lapan , 7.30 baru nak mandi . kalau mama tahu ni elak kena bebel laa time aku balik nanti . lepas mandi rushing sarung baju . nasib dah siap gosok . kalau tak . memang aku terjerit jerit nak gosok baju *tak senonoh . okay then pergilah kelas ,  kuliah seperti biasa . thumbs up !! aku tidur dalam kuliah Chemistry ==' . best ! nasib Madam tuh tak perasan . lepas tuh pukul 12.20 tengahari baru keluar kelas sampai aku terlupa nak amek Lina dekat library *ouh sayang i'm sorry beybeyh ! . penyakit lupa aku dah start muncul balik . terus tidur sampai tak sedarkan diri . bangun bangun mandi lipat baju sumbat baju dalam mesin *macam biasa and now aku sedang duduk termangu di hadapan laptop dan sedang menekan nekan papan kekunci . *ayat tak boleh lagi nak hypertension agaknya =='

dan esok ? akan ku takhluk bumi Melaka ini . <--- macam budak budak . takde laa takhluk . setakat nak menjelajah . bosan sangat duduk terperap dekat Londang ni , so aku nak lah jugak meluaskan sayap aku ke Bandaraya Melaka yang dicintai ini plus nak menunaikan harapan aku . aku nak beli TL sweater ! keluar beramai ramai *takdelah ramai sangat . aku , Farah , Lina dengan Nisa comel aku . sesiapa budak matrik Johor yang naik Melaka bagilah tahu . nak jumpa korang weyh !

okay . aku nak siapkan exercise Mathematics aku . #i'm hoping to take Bachelor of Science (Mathematics) course . kbye ! 

wassalam .

No comments:

Post a Comment