Friday, August 16, 2013

Eid Celebration :)

Assalamualaikum :)

korang mesti dalam mood raya lagikan ? yelah baru 7 Syawal . masih terasa segar dan meriahnya suasana raya tuh even korang dah balik dari kampung halaman . bercerita tentang suasana aku menyambut Hari Raya tahun nih . ehhh tapi kalau tak nak baca takpe . tak paksa pun . datang jenguk jeling blog nih pun aku ucapkan Terima Kasih Saudara Saudari XD .

aku tahun nih seperti biasa raya  di rumah tunggu mak cik pak cik kakak saudara abang saudara anak saudara sepupu sepapat sekaum segala-galanya laa datang . hahaha . tapi yang pasti hati mesti hiba sebak bila kita memohon kemaafan dari keluarga kita . tapi takdelah tersedu sedan cuma ai mata tuh bertakunglah . banyak dosa ehh ? ewahhh tipulah kalau korang cakap korang takde singgung perasaan parents korang . sikit tuh mesti ada cuma parents kita sekelumit pun tak ambil hati . itulah Ibu Ayah kita :) and you must be glad to have both of them . kepada yang kehilangan Ibu atau Ayah , doa seorang anak itu penting . sangat penting untuk kesejahteraan Ibu Ayah korang :) .

malam raya kau jangan tanya aku buat apa . dah nama pun Perempuan ye semua . jadi tugas aku ialah mengemas rumah . mengecat awal-awal lagi dah siap orang Lendu tolong . mihmihmih . takpe duit raya awak nanti iteww poshhhhh . okay malam tuh dah siap mengemas pergilah gosok baju weyh patang tulang tangan aku . 6 pasang --' aku sorang gosok sebab yalah volunteer kesian Mama nanti semua dia yang buat . mop lantai semua cukup . pukul 2 pagi baru tidur betul betul semangat raya kau XD .

okay . raya pertama duduk rumah je sebab mak cik belah ayah datang atau lebih dikenali sebagai keluarga Arcaf . anak saudara aku a.k.a cucu saudara yang Mama jaga datang beraya . baju biru laut kau silau hahaha ! sebelah petangnya Mak Ngah Pak Ngah @ Ibu Ayah aku datang beraya . aku panggil diorang Ibu Ayah sebab dulu masa kecil kecil , dua tahun diorang jaga aku . macam Mama lah jaga anak orang sebab parents bekerja . so , layan diorang semua okay meriah okay :D . makan ? jangan tanya , aku kalau raya pertama tak ulang makan setiap dua jam memang tak sah . addict gila okay dengan kuah lodeh nasi impit ayam merah amboiii . kecur air liur aku :p .

raya kedua giliran aku and family beraya rumah Ibu Ayah . mihmihmih . aku hentam kuih raya satu balang . muahahaha . peduli apa . dah dia hidang . btw rumah aku juga okayy . :p *tak senonoh* . ouh ye kiteorang gerak petang dalam pukul 9 malam baru balik :) hahaha sedara pedehal ? ingatkan lepas beraya tuh pergi melencong ke Tesco tapi punah . hahaha ! dah sampai rumah baru tanya kenapa tak cakap nak berjalan -____- memang kena cakap ehhh ?

raya ketiga mari kita pulang ke Felda Tenggaroh 6, Mersing . itu rumah Mak Lang aku . memang sejak arwah Nenek dengan Atok takde nih keluarga belah Abah akan berkumpul dekat situ . meghiahhhhh kau Jahh ! cuma Pak Uda Mak Uda je takde tahun nih . sokay . duit raya ? bhahahahaha ! ehemmmmm. Alhamdulillah . hipotesis terbaru : Semakin Tinggi Belajar Semakin Besar Jumlah Duit Raya Yang Diperoleh . tapi itu dengan saudara mara laa . kalau orang luar boleh jalan nak dapat XD .

pagi raya keempat haaaa 5 kereta konvoi datang rumah aku . meriah nooo gamaknya . dengan my little cousin . paling last kot tembam kau . pipi peha haaa cukup buat Rendang :D . mihmihmih . sebelah petangnya Mak Long belah Mama datang pula baru pulang dari dialisis buah pinggang . Mak Long kurang sihat . tapi ye dia sangat rajin berjalan . baru balik dari Singapore sebab Mak Long aku memang asal sana . sebelah malamnya pula anak Mak Long , cousin saya . Madam Siti Khairani binti Nordin . hahaha dia nih pensyarah dekat Kolej Matrikulasi Teknikal Johor . and paling aku terkejut dia bestfriend dengan English teacher aku ==' . mahu dia korek rahsia aku dekat kelas . but she's the one of my Superb cousin . adalah sebabnya dan she is my Idol :) chewahhhh idola dalam pelajaran tawwww .

haaaa itu sahaja kisah raya aku . raya keenam aku dah mula kerja balik . 12 hours okayy and it was exhausted . mahu tergolak aku kalau tak kuat badan nih . tapi nama pun Haszrina mesti mahu tough mihmihmih :p . okaylahh aku dah mengantuk gila badan pun sakit sakit .


p/s : Takkan Terpisah - Black :D #must listen baby 


wassalam :) 

No comments:

Post a Comment