Friday, July 6, 2012

you will be missed

Assalamualaikum .

hm . hari ni aku sedih sangat sebab aku hilang seorang kawan . even we're not very close , but she's the best , cheerful and stronger friend that I ever know . aku kenal dengan  dia sebab aku pengawas dan dia pun pengawas . masa tuh aktiviti sekolah banyak , dia pun terlibat sama . apa-apa function sekolah kadang-kadang pengawas handle , so kiteorang buat kerja sama-sama . maybe ada sesetengah tak kenal siapa dia kan ? so aku cerita serba sedikit tentang dia .


nama dia Kong Leonie . tapi kat sekolah semua panggil dia Leonie . dia nih periang , baik hati , seorang pengawas yang berdedikasi , bijak dan pandai dan banyak lah lagi . boleh kata dekat sekolah tuh dia peramah dengan semua orang . seorang ahli Pandu Puteri yang aktif . sampai satu hari dapat tahu dia hidap Non-Hodgkin's Lymphoma - a kind of blood cancer - . masa tuh bulan Julai 2010 . sangat terkejut and tak sangka dia hidap penyakit tuh . cancer yang boleh bawa kematian . masa tuh kiteorang semua sedih sangat . lepas dia dapat tahu tuh dia ada juga datang sekolah . even dia sakit , dia tak pernah tunjuk depan kawan-kawan dia . pucat macam mana pun dia tetap senyum . dah la time tuh form 5 busy dengan persiapan SPM . after that dapat tahu dia tak dapat hadirkan diri ke sekolah macam selalu . dia kena buat kimoterapi . korang tahu kan kimo tuh kalau buat kesan dia teruk . rambut gugur semua . time tuh tak tahu nak cakap apa . sedih yang amat .


kiteorang tetap teruskan pembelajaran , kawan-kawan dia tetap contact dengan dia and tanya khabar dia . aku akan tanya kawan-kawan Leonie pasal condition dia . dalam hati berharap dia dapat duduki SPM sama-sama dengan kiteorang . yes ! at last , masa nak buat first paper SPM , dia dapat sama-sama ambil SPM dengan kiteorang walaupun dia ambil dekat bilik kaunseling . after habis paper BM 1 masa tuh aku terus jumpa dia . jumpa je terus peluk . rindu sangat dengan dia . masa tuh dia senyum je . tak tunjuk pun macam dia sakit . tanya khabar dia , about her treatment . and she said everything is fine . dia tetap ceria . time ambil semua paper SPM , mak dia temankan dia . air muka mak dia pun biasa je . semua mak akan sentiasa kuat demi anak-anak dia even yang kita tahu jauh di lubuk hati tuh sedih tak terkata tengok keadaan anak sendiri .


masa pengumuman result SPM , dia tak dapat hadir . berharap sangat dapat jumpa dia masa tuh tapi mungkin keadaan dia tak mengizinkan . but , result SPM dia amat membanggakan . harapan dia untuk graduate dari SIGS tercapai dengan result SPM yang cemerlang . ada satu masa tuh dia tagged gambar pada aku , tanya laa khabar dia and jawapan yang sama " I'm fine :D " .

   
 

rest in peace sayang . awak dah tak rasa lagi kesakitan . :') . rindu masa assembly dulu nak berbual bila bosan dengar cikgu bercakap dekat depan . hehe . even awak masa tuh cuba tumpukan perhatian nak dengar apa yang cikgu cuba sampaikan tapi saya tetap kacau awak . 


p/s : air mata berlinangan bila baca kehidupan dia [  http://dancingpapercranes.blogspot.com/ ] . every posts you make , give me inspiration sayang . :')

No comments:

Post a Comment