Tuesday, December 20, 2011

adam hawa

assalamualaikum .


wahai kaum Adam . kaum Hawa bukanlah barang permainan yang boleh dibeli dengan kata-kata manis . hentikan permainan mu . bahagia datang pabila rasa sayang muncul di hati tapi pernahkah kau bertanya wahai kaum Adam pada dirimu sendiri sama ada perasaan sayangmu itu ikhlas atau sekadar persinggahan dikala hatimu sendiri keseorangan ? adilkah bagi kaum Hawa itu bahagia dengan perasaan dustamu ? muhasabahlah diri dan berdoa agar kesilapanmu kepada kaum Hawa itu dimaafkan dan tidak berbalik pada dirimu . jangan lah engkau mengambilnya sebagai kekasih jika engkau tidak pernah berniat untuk menjadikannya sebagai suri hidupmu . lepaskanlah dia jika engkau rasa engkau bakal menyakitinya sebelum engkau membuat dia berasa bahagia tetapi bahagia itu sebenarnya derita yang akan membuat dirinya merana . 


kaum Hawa menangis bukan kerana dia lemah tapi sebaliknya dia mengumpul semula kekuatan yang hilang . mungkin bukan di depanmu wahai kaum Adam . kerana pabila di depanmu Hawa itu sudah kembali tabah dan akan meneruskan perjuangannya walaupun tanpa kehadiranmu yang pernah membuatnya terluka dahulu . Hawa itu hanya mampu berserah pada takdir dan penentuan dari Maha Penciptanya . kerana tanpamu wahai Adam , kaum Hawa itu sentiasa akan dipelihara oleh Pencipta yang Maha Agung . 


wassalam .


No comments:

Post a Comment